Dec 14, 2010

Menara Warisan 100 Tingkat Pemangkin Ekonomi Malaysia?


Menara Warisan,dengan ketinggian 100 tingkat merupakan satu lagi projek mega negara yang baru sahaja dibentangkan di dalam Bajet Belanjawan 2011 tempoh hari. Projek mega bersepadu yang bernilai RM 5 Billion itu akan dibina bersebelahan Stadium Negara dan Stadium Merdeka itu akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan dijangka siap pada tahun 2015 nanti.

PNB, seperti yang semua tahu, merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia.PNB merupakan syarikat induk bagi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menjalankan sebilangan skim dana amanah, dan subsidiarinya dipunyai keseluruhannya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputra, di mana kebanyakan di antara kita ada menyimpan dan melabur wang kita di dalam skim amanah yang disediakan.

Ianya dikatakan  antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang. Namun, kami mempunyai pendapat berlainan terhadap projek mega ini.

Secara umumnya, Malaysia masih lagi bergelut dalam kemelut krisis ekonomi. Kenyataan bahawa Ringgit Malaysia kukuh berbanding Dollar pada nisbah USD 1 = RM3.03, bersifat tidak jelas sebenarnya. Ianya patut diperjelaskan dengan lebih terperinci oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, di mana, nilai USD adalah susut, bukan bermakna eknomi kita semakin pulih. Ini kerana nilai USD susut akibat krisis kewangan dan inflasi negara tersebut, yang menyebabkan nilai wangnya menjadi rendah. Bukan kerana ekonomi kita sudah berkembang pesat.

Dalam keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya, dan pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan dan cadangan supaya subsidi dihapuskan kerana kerajaan tidak lagi mampu, Projek Menara Warisan ini akan disiapkan dengan menelan belanja yang amat besar. Kami bukanlah anti-pembangunan. Cuma kami merasakan, projek-projek sebegini mempunyai pro n cons.

Sememangnya projek-projek mega sebegini, ada mempunyai kelebihan dalam tumpuan merancakkan ekonomi. Di antara kesan secara langsungnya, adalah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan dan juga memberikan peluang perniagaan kepada pembekal-pembekal yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam projek ini.

Kemudian, secara tidak langsung, ianya bakal mewujudkan segitiga emas baru di Kuala Lumpur, Pastinya ia akan merancakkan harga hartanah di sekeliling projek Menara Warisan ini. Dan seterusnya mewujudkan lebih banyak lagi peluang perniagaan.

Di antara kesan positif yang lain, sudah pastinya ia akan menjadi satu ikon baru negara, yang bakal mnggantikan Menara Berkembar Petronas dan seterusnya dapat menarik perhatian dunia. Secara tidak langsung, ia akan menarik ribuan, malah jutaan masyarakat dunia untuk berkunjung dan berbelanja di Malaysia, dan mewujudkan lagi banyak peluang perniagaan yang lain.

Namun, isu yang kami cuba timbulkan di sini adalah, adakah ianya akan memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat, atau hanya kepada segelintir golongan sahaja? Inilah perkara yang menggusarkan ramai rakyat Malaysia. Kita tidak mahu projek menjadi gajah putih. Yang tidak dapat membawa apa-apa kemakmuran baik dari segi ekonomi dan juga sosial.

Dari apa yang kami dapat lihat di sini, sekiranya projek Menara Warisan ini berjaya, sememangnya ia akan membuatkan bibir pelabur-pelabur skim Amanah ASB tersenyum lebar. Oleh kerana ramai yang menjadi pelabur dakam skim Amanah Asb ini. Sedikit sebanyak, Projek kendalian PNB ini akan membawa keuntungan yang besar sekiranya berjaya dan mungkin dapat meningkat pemberian dividen pelabur-pelaburnya.

Dalam masa yang sama, adakah rakyat bawahan mendapat kesan dengan pembinaan Menara Warisan ini?Secara jujurnya saya nyatakan di sini, kemungkinan besar ianya tidak menyeluruh. Dan mungkin tidak memberi kesan langsung. Dan mungkin dari akibat pembinaan ini, rakyat bawahan terpaksa pula dikenakan cukai dan harga barangan akan menajdi lebih tinggi. Ini tidak mustahil.

Kos yang dinyatakan sekarang sebanyak RM 5Billion tidak akan mempunyai nilai yang sama 5 tahun akan datang.Berkemungkinan besar kosnya akan menjadi lebih lagi dari nilai sebenar. Dan seterusnya, bagi menampung projek mega ini, kerajaan terpaksa mengenakan cukai dan tarif yang lebih tinggi bagi menampung perbelanjaan. Ini sudah acapkali berlaku tanpa disedari.

Penyelarasan harga atau kenaikan harga? Maksudnya sama,menaikkan harga. Dan mungkin ayat “penyelarasan harga” akan diguna sekali lagi bagi mengaburi mata masyarakat mengenai maksud sebenar di sebaliknya. Mungkin ayat penyelarasan harga nampak lebih “manis” dan masyarakat tidak akan perasan dengan maksud sebenarnya.

Namun semua itu bergantung pada ketelusan dan integriti kerajaan serta pelaburnya, dalam melaksanakan projek ini. Sekiranya projek ini hanya memanfaatkan sesetengah pihak dan berlindung di bawah terma “merancakkan ekonomi” sedangkan ianya tidak begitu, maka ia akan menjadi satu projek yang sangat membazirkan.

Dalam keadaan aliran transit dan jalan raya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang semakin sesak dan tidak “terurus”, eloklah ditingkatkan juga insfrastruktur dan kemudahan di sekelilingnya, agar dapat melicinkan perjalanan dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara secara tidak langsung. Jangan lupa juga pada negeri-negeri lain seperti di Sabah dan Sarawak yang insfrastrukturnya masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan.

Dec 13, 2010

Kanser Serviks

Kebelakangan ni, aku tengok tv salu je eklan pasal kanser serviks. Aku pon tak la tau sangat pasal penyakit ni. So moh le kite same-same baca pasal penyakit ni.

KANSER SERVIKS; LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita. Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100 000 penduduk.


Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain. Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.


Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.


Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal. Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan
diperingkat awal lagi.


Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.


Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.


Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut. Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks. Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya. Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.


Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.


Kalendar Islam Malaysia Tahun 2011 dan 2012

Kemaskini terkini yang mungkin dapat memberikan faedah kepada mereka yang memerlukan maklumat dan informasi awal mengenai takwim dan kalendar islam bagi Malaysia untuk tahun-tahun mendatang. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengeluarkan senarai terkini berkaitan takwim dan kalendar Hijriah bagi malaysia untuk tahun 2011 dan 2012. Pada masa yang sama senarai tarikh-tarikh penting dalam kalendar Muslim untuk tahun 2011 dan 2012 juga telah di keluarkan secara rasmi yang telah disemak oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam dan Cawangan Falak, JAKIM.




Elok juga kalau blog ni dapat kongsikan senarai tarikh penting kalendar islam untuk faedah bersama:

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2011/1432 – 1433 Hijriah Bagi Malaysia


Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2012M/1433 – 1434 Hijriah Bagi Malaysia


Takwim dan kalendar berkenaan di keluarkan oleh pihak JAKIM dan diselaras melalui portal Almanak Falak (AF). Dilaksanakan secara kerjasama di antara JAKIM dengan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas pergerakan planet.

AF diterbitkan bertujuan untuk menyediakan data-data yang diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti penentuan kalendar, waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah hilal. Mudah kepada umat Islam semua untuk mengetahui tarikh penting sepanjang tahun 2011 dan 2012 nanti.

Untuk muat turun kalendar islam, Takwim 2011 Miladiah/1432-1433 Hijriah, Takwim 2012 Miladiah/1433-1434 Hijriah Bagi Malaysia serta senarai tarikh penting dalam kalendar islam atau hijriah Malaysia serta pelbagai lagi informasi dan maklumat berkaitan ilmu falak ni boleh rujuk di portal Almanak Falak JAKIM.

Sumber rujukan bagi kalendar islam, tarikh hijriah, kalendar hijrah malaysia adalah di http://www.islam.gov.my/ppi/almanak/falak/almanak.html

Hari Asyura

Umat islam di malaysia akan menyambut Hari Asyura pada 16 Disember 2010. Oleh itu mari kita lihat sejarah Hari Asyura ini.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
 Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
  • Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  • Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
  • Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  • Sunat menginai dan mengerat kuku.
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

Dec 12, 2010

Fakta Menarik Tentang Kematian



Mari sama2 kita baca fakta2 menarik tentang kematian.Tekan read more untuk baca lebih banyak info.


-Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.

-Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal.Cuba korang bayangkan......

-Apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!

-Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

-Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

-Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan.

-Mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.

-Pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.

-Tidak seorang pun rakyat Amerika meninggal disebabkan oleh usia tua sejak 1951.

-Lebih banyak orang bunuh diri di New York City daripada yang dibunuh

Asal harimau jadian...







Dec 10, 2010

Some fact About Nokia

1) The ringtone "Nokia tune" is actually based on a 19th century guitar work named "Gran Vals" by Spanish musician  Francisco Tarrega. The Nokia Tune was originally named "Grande Valse" on Nokia phones but was changed to "Nokia Tune" around 1998 when it became so well known that people referred to it as the "Nokia Tune."

2) The world's first commercial GSM call was made in 1991 in Helsinki over a Nokia-supplied network, by Prime Minister of Finland Harri Holkeri, using a Nokia phone.

3) Nokia is currently the world's largest digital camera manufacturer, as the sales of its camera-equipped mobile phones have exceeded those of any conventional camera manufacturer.

4) The "Special" tone available to users of Nokia phones when receiving SMS (text messages) is actually Morse code for "SMS". Similarly, the "Ascending" SMS tone is Morse code for "Connecting People," Nokia's slogan. The "Standard" SMS tone is Morse code for "M" (Message).

5) The Nokia corporate font (typeface) is the AgfaMonotype Nokia Sans font, originally designed by Eric Spiekermann. Its mobile phone User's Guides Nokia mostly used the Agfa Rotis Sans 6) In Asia, the digit 4 never appears in any Nokia handset model number, because 4 is considered unlucky in many parts of Southeast/East Asia.

7) Nokia was listed as the 20th most admirable company worldwide in Fortune's list of 2006 (1st in network communications, 4th non-US company).

8. Unlike other modern day handsets, Nokia phones do not automatically start the call timer when the call is connected, but start it when the call is initiated. (Except for Series 60 based handsets like the Nokia 6600)

9) Nokia is sometimes called aikon (Nokia backwards) by non-Nokia mobile phone users and by mobile software developers, because "aikon" is used in various SDK software packages, including Nokia's own Symbian S60 SDK.

10) The name of the town of Nokia originated from the river which flowed through the town. The river itself, Nokianvirta, was named after the old Finnish word originally meaning sable, later pine marten. A species of this small, black-furred predatory animal was once found in the region, but it is now extinct.

Mysterious places

The Door to Hell

strange world

This place in Uzbekistan is called by locals “The Door to Hell”. It is situated near the small town of Darvaz. The story of this place lasts already for 35 years. Once the geologists were drilling for gas. Then suddenly during the drilling they have found an underground cavern, it was so big that all the drilling site with all the equipment and camps got deep deep under the ground. None dared to go down there because the cavern was filled with gas. So they ignited it so that no poisonous gas could come out of the hole, and since then, it’s burning, already for 35 years without any pause. Nobody knows how many tons of excellent gas has been burned for all those years but it just seems to be infinite there.


Mysterious Holes of Russia

strange world

From the end of 1980s a Strange phenomena is happening in some Russian forests. People find strange, deep holes. They appear in the dense forest, in the places you can’t get on the car or truck to bring any device to drill the ground. There is no any soil that should be taken from such deep holes is found. People go down to one of such holes but it just finishes with nothing. There are no any reasonable ideas on how these holes appear and what they are being used for.

The Mouth of Hell

strange world

In 1962, a little fire in Centralia (Pennsylvania) migrated into an exposed vein of anthracite coal under the town. The flames on the surface were successfully extinguished, but the coal continued to burn underground for many years, so that in 1984 the fire was completely out of control and the city had to be evacuated. Nowadays, Centralia is an abandoned and ghostly place. The fire still burns beneath the town and there is enough coal to feed the fire for up to 250 years.


Hill of Crosses

strange world

It has more than 50,000 crosses on it, and no it is not a cemetery. The reasons for the crosses to be there is that there is a story that each one who would put his own cross on this mountain would become a lucky guy, so thousands come here and install their custom crosses. They say this tradition appeared before the Christianity came to Lithuania and Russia and is of pagan origin.

The Ghost town burried in the Sand

strange world

Kolmanskop,is a ghost town in southern Namibia, a few kilometres inland from the port of Lüderitz. In 1908, Luederitz was plunged into diamond fever and people rushed into the Namib desert hoping to make an easy fortune. Within two years, a town, complete with a casino, school, hospital and exclusive residential buildings, was established in the barren sandy desert.

But shortly after the drop in diamond sales after the First World War, the beginning of the end started. During the 1950’s the town was deserted and the dunes began to reclaim what was always theirs.

Soon the metal screens collapsed and the pretty gardens and tidy streets were buried under the sand. Doors and windows creaked on their hinges, cracked window panes stared sightlessly across the desert. A new ghost town had been born.

Amazing art by Ron Muek

Ronald "Ron" Mueck (born 1958) is an Australian hyperrealist sculptor working in the United Kingdom.
Ron Mueck began his career working on the Australian children's television program Shirl's Neighbourhood. He was the creative director and made, voiced and operated the puppets Greenfinger the Garden Gnome, Ol' Possum, Stanley the snake and Claude the Crow amongst many others. The show was made for Channel 7 Melbourne between 1979 and 1984, broadcast nationally and starred the ex-lead singer of Skyhooks, Graeme "Shirley" Strachan.

Mueck's early career was as a model maker and puppeteer for children's television and films, notably the film Labyrinth for which he also contributed the voice of Ludo, and the Jim Henson series The Storyteller. Mueck moved on to establish his own company in London, making photo-realistic props and animatronics for the advertising industry. Although highly detailed, these props were usually designed to be photographed from one specific angle hiding the mess of construction seen from the other side. Mueck increasingly wanted to produce realistic sculptures which looked perfect from all angles as belows;
 










Gua de baca dalam paper cam gambar kat atas, reger minyak RON 95 tak akan naik untuk tahun 2010 ini, tapi last0last tepat pada tengah malam 4 Disember, harga minyak RON 95 naik  5 sen la beb. Dari reger RM 1.85 kepada RM 1.90. Ape agaknye alasan kerajaan ek?

Gua de dengar la yang diorang nak memudahkan pengiraan subsidi.Ahaaaa, itulah di antara alasannya untuk kenaikan minyak RON 95 ini. Bengkek gua. Gua nk simpan duit lagi. Nak buat kawen la kate kan, tapi da reger minyak naek, bukan je harge barang naek, kang gua masuk minang, kompem duit hantaran pon naek gak. Adehh....... Gua baru beli baby evo gua cam kepala rimau.Da la baby evo gua makan minyak, sekarang gua da pikir mau merempit plak. Kembali ke zaman muda-muda. Sekarang pon gua muda lagi. Apekesah. kn?

Bak kate Raja Farah, "sebutir beras ibarat  setitik peluh petani" tapi bile gua bayangkan time tengah makan tuh, geli lak. Bape bijik beras da gua makan. Kompem bergelen-gelen peluh petani tu gua da minum......huhuhu. Sekarang gua da tukar ayat Raja Farah tu. Setitik petrol bersamaan RM10. kalau da nek 5 sen berhengget-hengget/liter gua rugi. siot r. geram gue.

Kepada bakal mak mertua, pak mertua gua  "sesungguhnya anak mu ini telah kekurangan simpanan akibat menghabiskan duitnya untuk minyak kete baby evonya. sory mama....." ikhlas dari bakal menantu mu.... Agak-agak kalau tulis surat gini diorang boleh terima tak?.......

Last skali gua nak berterima kaseh kepada kerajaan kerana da mengWakenabebkan seluruh rakyat Malaysia. Subsidi DiDahulukan, Harga minyak Diutamakan.

Dec 9, 2010

Hak wanita - Islam Vs Katholik




“Islam memberikan hak, di mana dalam agama saya sebelumnya hal itu ditolak. Seperti kebebasan peribadi, hak-hak ekonomi, hak untuk mewakili kepentingan diri mereka sendiri di pengadilan, hak untuk pendidikan, untuk pekerjaan, dan bahkan hubungan suami isteri.” (Laura Rodriguez, seorang mualaf dari Sepanyol)
MADRID–Laura Rodriguez, Presiden Kesatuan Perempuan Muslim, sebuah organisasi Muslimah di Sepanyol, mendedahkan satu demi satu maklumat yang diterima mengenai tanggapan Barat mengenai Islam dan kaum wanita yang mereka mengatakan kaum wanita Islam ditindas dan dinafikan hak. Menurutnya, perempuan Islam memiliki lebih hak dalam Islam daripada agama Katholik.

Laura lahir sebagai seorang Katholik dan dididik di sekolah Katholik, Laura Rodriguez semamangnya mahir selok belok agama itu. Dia amat taat kepada agama lamanya, sehingga satu hari ia menemui cahaya Islam.
“Islam memberi hak yang tidak diberikan oleh Katholik, seperti kebebasan individu, hak-hak hukum, hak atas pendidikan, hak atas pekerjaan, dan hak seksual,” kata Rodriguez.

“Perempuan tidak boleh berkomunikasi terus dengan Tuhan dalam agama Katolik. Mereka tidak memiliki hak untuk seksual. Misi mereka adalah melahirkan anak-anak,” tambahnya. Satu lagi, perempuan tidak punya hak untuk bercerai dalam agama lamanya. 

Bahkan, “penindasan” terhadap kaum perempuan masih berlaku sehingga saat ini di negara yang majoriti rakyatnya adalah Katholik. “Perempuan Sepanyol memerlukan persetujuan rasmi suami mereka untuk membuka akaun bank,” ujarnya. 

Ketika ditanya mengapa wanita lebih berpendidikan dan lebih hadir di depan orang ramai di negara-negara Kristen dibandingkan negara Muslim, Rodriguez mengatakan bukan faktor agamanya yang mempengaruhinya. “Anda tahu, gereja telah kehilangan kekuasaannya untuk mempengaruhi masyarakat.”

Dia menambah bahawa perempuan memperolehi hak mereka selepas negara-negara Eropah Kristian menjadi sekular selepas Revolusi Perancis. “Adapun Islam, sebagian besar negara-negara Islam namun begitu tidak mencerminkan Islam yang sesungguhnya,” katanya. 

Dia menghargai pendekatan pemerintah Sepanyol masa ni, dipimpin oleh Jose Luiz Zapatero dari Parti Buruh Sosialis, yang menerima terhadap Muslim. “Zapatero adalah perdana menteri pertama yang secara rasmi menerima perwakilan dari komuniti Muslim,” katanya. “Dia juga yang pertama untuk memberikan sokongan kewangan untuk umat Islam.”

Cara buat beg kulit

1. Sediakan ular @ biawak

2. Gantung sekor-sekor. Sudah gantung kasi potong itu kepala. Dusyum2....

3. Sudah potong itu kepala, kasi belah itu perut

 4. Siang itu kulit. kasi licin. Daging buat sate pon sodap ni
5. Sudah licin, kumpol itu daging boleh buat sup. Kepala boleh buat masak asam pedih. Manyak sedap

6. Tadaaaaaa....Kulit yang cantik boleh buat beg ma.... Suka tak? Suka tak?
Senang je kan? boleh la try

Dec 8, 2010

Strange Animal

Terdapat pelbaagai haiwan di dunia ini. Tanpa kita sedari, wujudnya haiwan-haiwan yang pelik dan tidak terdapat dalam mana-mana buku teks sekolah rendah mahupun menengah apetah lagi sekolah tadika. Antaranya ialah ayeaye, liger, matamata turtle, prehistoric shark, spider crab, star-nosed mole dan platypus (ni je haiwan yang aku kenal sejak sekolah rendah dulu).







(Download) Senario Episod Dua: Beach Boys



Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.



Rapidshare

http://rapidshare.com/files/325324401/Senario.Episod.Dua.Beach.Boys.2009.DVDRip.XviD-arYzs.part1.rar
http://rapidshare.com/files/325324394/Senario.Episod.Dua.Beach.Boys.2009.DVDRip.XviD-arYzs.part2.rar
http://rapidshare.com/files/325324505/Senario.Episod.Dua.Beach.Boys.2009.DVDRip.XviD-arYzs.part3.rar
http://rapidshare.com/files/325324483/Senario.Episod.Dua.Beach.Boys.2009.DVDRip.XviD-arYzs.part4.rar

Megaupload

Part 1 - http://www.megaupload.com/?d=IE7H0XYA
Part 2 - http://www.megaupload.com/?d=ZMK8YT70
Part 3 - http://www.megaupload.com/?d=HNK5Y4T1
Part 4 - http://www.megaupload.com/?d=4T2ECOC1

Mediafire

         Part 1 - http://www.mediafire.com/?zwyuomnmqmm
         Part 2 - http://www.mediafire.com/?1kgtzqz0txy
         Part 3 - http://www.mediafire.com/?gdntynh0yog
         Part 4 - http://www.mediafire.com/?z5goimnbymz

Dec 7, 2010

Malaysia 5 Laos 1

Two goals from Amri Yahyah sent Malaysia on their way to a 5-1 win over Laos in their final Group A clash on Tuesday evening, with the victory securing K. Rajagopal's team a place in the semi-finals of the 2010 AFF Suzuki Cup.

The win marked a dramatic turnaround for a Malaysian team that lost their opening game of the tournament against group hosts Indonesia before drawing with Thailand three days later.

Victory over Laos coupled with Thailand's loss at the hands of Indonesia in Jakarta means Malaysia's total of four points is enough to take them into the last four, where they will meet the winners of Group B.

The action came thick and fast in the opening exchanges, with Malaysia taking the lead with just four minutes on the clock when Nohshahrul Idlan carved open the Laos defence before clipping the ball into the centre and Amri 'sdiving header found the back of the net.

Just four minutes later, though, the Laotians were back on level terms as Lamnao Singto was given time and space in the middle by the Malaysian defence to head home from eight yards out.

As the game settle down after such a blistering start, it was Laos who looked the more likely to add to the scoreline with Konekham Inthammavong and Lamnao both going close.

Malaysia, however, pulled themselves back into the game and, five minutes before the end of the half, Amri pushed his side into the lead as Safiq Rahman turned the Laos defence before slipping the ball through to the Selangor midfielder, who made no mistake from close range.

Laos refused to be outdone as the game recommenced after halftime and, seven minutes into the second half Khampheng Sayavutthi tried his luck from close to 35 yards from goal, only to see his right-foot drive drift just off target.

With the weather taking a turn for the worse and rain pouring down, Malaysia put more daylight between themselves and David Booth's team with just 17 minutes to go.

As the Laotians tired, Amirulhadi Zainal charged down Kitsada Thongkhen's attempt to clear the ball before racing in on goal and slotting his effort home.

Four minutes later Malaysia made it 4-1 with a virtual carbon copy of their third, only this time it was Norshahrul who capitalized on Kitsada's mistake to score a goal his overall performance deserved.

Deep in injury time the Malaysians claimed a fifth when the ball somehow looped into the top corner off the boot of Kitsada, completing a stellar day for the SEA Games gold medal winners.

Ubat gigi yang aneh

 1. Nastiest Toothpaste
 
  Ubat gigi ini dihasilkan di Thailand,ia diperbuat dari herbal.haha. 
Ape yang bermain di fikiran korang ye melihatkan kaler ubat gigi yang pelik ni.
Agaknye korang berselera tak nk berus gigi? hehehe

2.Whiskey Toothpaste


  Wohooo! nama ja dah whiskey,kepada orang Islam,anda dilarang mencuba.kekeke.


3. 2 Way Toothpaste

 Haha,ada 2 pula tempat keluar ubat gigi ini....kalau la terbuka penutup
 kedua-dua belah,pastuh picit,tak ker membazir.Produk ini sesuai untuk orang
 yang mahukan kelainan atau kepada kembar siam.huhu.

4. Ice Cream Toothpaste

 Haha,ada 2 pula tempat keluar ubat gigi ini....kalau la terbuka penutup
 kedua-dua belah,pastuh picit,tak ker membazir.Produk ini sesuai untuk orang
 yang mahukan kelainan atau kepada kembar siam.huhu.


 5. Chocolate Toothpaste
Nampak macam sedap ja ubat gigi ini, rasa cam nak telan terus jer.haha.
 Ubat gigi ini dihasilkan di Philippines,ia adalah limited edition!

Signboard all over the world