Dalam projek Pusara Negara tersebut, akan disediakan 500 lubang kubur untuk VIP-VIP negara. 250 lubang kubur untuk orang Islam dan 250 lagi untuk VIP yang bukan islam. Kalau nak dihitung, satu lubang kubur bermakna RM 140,000 seorang. Banyak tu. Tempat nak mati je pun.
Sekali lagi kami ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap projek-projek kerajaan yang kami anggap, tidak relevan dalam waktu ini. Sudahla hidup membebankan rakyat, nak mati pun pun rakyat juga kena tanggung ke? Tak boleh fikir ke semua ini?
Sekalipun nak buat projek macam ini, perlulah di ambil dulu suara rakyat, samada menyokong projek tersebut atau tidak. Dan peruntukannya juga tak perlulah sebegitu banyak. Kalau dah tanah kerajaan kat sebelah Tugu Negara tu, dah sah-sah tak perlu banyak keluar duit. Takkan nak buat kubur pun, nak “tax” juga.Pakai main contractor dan sub-contrator bagai.
Perlu ingat sikitlah, RM 70 juta bukan sedikit. Kalau buat tambah baik prasarana dan kemudahan ataupun buat satu projek bertemakan ekonomi seperti membina peluang ekonomi untuk rakyat pun, lagi baik. Pakai kain kapan sutera ke atau lubang kubur bertatahkan berlian gelang ACK Konsortium ke sampai kos satu kubur RM 140,000.
Kami tak kisah kalau nak teruskan Projek Pusara Negara ini. Pada hemat kami, bagus juga untuk kita letakkan pemimpin-pemimpin yang betul berkaliber tak kira apa bidang dan jawatannya, samada berjuang untuk keselamatan negara dan sebagainya. Tapi, yang kami ragui, adakah ciri-ciri tersebut dalam pemimpin sekarang?
Kalau masa zaman pendudukan Jepun, komunis, mungkin ramailah yang memang layak untuk duduk dalam Pusara Negara ni. Tapi, kalau melihat keadaan sekarang, rasanya tak ada yang layak lagi. Lagi pun, lepas mati kita nak bertemu tuhan. Tak ada tanya apa jawatan, kubur kat Pusara Negara, harga kubur saya RM 140,000. Yang dihitung adalah amalan semasa di dunia.
Dah macam zaman firaun pulak, tempat bersemadi nak berhias bagai sampai RM 140,000 seorang. Dekat negara lain pun ada juga tempat macam ini, tapi kos tak ada la sampai melampau. Agak-agak la sikit. Salahuddin Al-ayubi pun meninggal tak ada duit.Tapi pengorbanan,keperibadian dan perjuangan dia memang tidak dapat dinafikan. Hatta orang-orang Eropah juga kagum dengannya.
Secara jelasnya di sini, kami merasakan agar Projek ini perlu disemak semula kosnya. Tidak perlulah berlebihan.Ingat-ingat sikit. Apa pandangan anda mengenai isu pusara negara ini?
0 comments:
Post a Comment