Dec 4, 2010

Wikileaks bertukar domain







Semalam, Wikileaks menukar nama domainnya setelah domain mereka ditutup akibat serangan cyber yang dikhuatiri mengganggu domain yang lain. Gambar laman Wikileaks terkini memperlihatkan wajah pengasasnya, Julian Assange. 

PARIS – Laman Wikileaks yang menjadi isu hangat kerana pendedahan-pendedahan dokumen rahsia Amerika Syarikat yang menjadikan kerajaan Amerika berang terhadap pengasas laman itu. Sebelum ini pengasas laman tersebut dikaitkan dengan kesalahan seks.

Kini Wikileaks kembali online setelah dihack dengan alamat baru di Switzerland-Wikileaks.ch , enam jam selepas nama domain awalnya-Wikileaks.org ditutup. Perpindahan alamat laman itu tidak bermakna mereka telah berpindah ke Switzerland, kerana apabila ditrace , nama domain baru itu tetap menunjukkan bahawa mereka masih dikendalikan di Sweden dan Perancis.

Para pengguna internet yang mengakses Wikileaks.ch akan diarahkan ke sebuah laman dengan alamat URL http://213.251.145.96/, yang memberikan akses kepada laman lama, termasuk ke pembongkaran kawat diplomatik Amerika Syarikat (AS). Pemindahan alamat itu dilakukan selepas Wikileaks.org offline pada pukul 03.00 GMT kelmarin. Posisi di luar rangkaian itu dilakukan provider sistem domain name Amerika, EveryDNS.net, melaporkan serangan cyber besar-besaran pada halaman itu.

“Wikileaks.org telah menjadi sasaran berbagai macam serangan DDoS, “ungkap EveryDNS.net. Serangan DDoS klasik berlaku ketika sekumpulan komputer “zombie”, biasanya mesin yang dijangkiti virus, di’komando’kan untuk mengunjungi sebuah laman web serentak, menyebabkan server mengalami lonjakan trafik yang menyebabkan laman web itu menjadi lambat dan offline kerana overloaded.

Dalam mesej Twitter sebelum mengumumkan alamat baru, Wikileaks mendedahkan bahawa laman mereka telah “dibunuh” dan meminta sumbangan agar mereka tetap terus beroperasi. “Domain WikiLeaks.org dibunuh everydns.net selepas mendakwa serangan massa,” ungkap Wiki-Leaks. “Sokong Kami.” Sebelum pemindahan nama itu, Wikileaks juga mengalami nasib buruk selepas Amazon menolak mereka dari server mereka setelah mendapat tekanan dari ahli politik AS, akibatnya halaman itu berpindah ke sebuah pelayan di Perancis.

Amazon menafikan penolakan itu akibat dari tekanan politik AS. “Ada beberapa laporan bahawa penyelidikan kerajaan membuat kami tidak lagi menjadi pemberi tempat kepada Wiki-Leaks. Itu salah, “papar Amazon. Menurut Amazon, mereka berhenti menjadi hostWikiLeaks kerana laman itu melanggar perjanjian perkhidmatan. Manakala malam tadi, Perancis membenarkan bahawa Wikileaks telah menggunakan salah satu pelayan di negara tersebut. Kini, negeri tersebut juga sedang berusaha untuk melarang pelayan itu menjadi host Wikileaks.

Wikileaks dianggap telah melanggar peraturan kerana mendedahkan dokumen-dokumen diplomatik yang bersifat rahsia kepada awam. Perburuan terhadap pengasas Wikileaks Julian Assange terus dilakukan.
Pada 18 November lalu Stockholm mengeluarkan surat penangkapan terhadap lelaki yang lahir pada 3 Julai 1971 itu atas tuduhan merogol dan kesalahan seksual. Sweden kemudian meminta bantuan Interpol untuk menangkap lelaki yang suka berpindah-pindah tempat itu. 

“Tidak ada surat penangkapan terhadap dia. Memang ada red notice dari Interpol, tapi itu bukan surat penangkapan, hanya amaran kepada semua pihak berwajib untuk memantau gerakannya, “ujar Stephens kepada Reuters. The Independent Daily melaporkan, Assange tiba di Inggeris pada Oktober lalu dan telah memberikan butiran kontaknya kepada polis. Mengutip sumber pihak berwajib, akhbar itu memaparkan, polis Inggeris mengetahui di mana lelaki asal Australia itu tinggal.

Sebelumnya Assange menghabiskan sebahagian besar waktunya di Sweden. Pada Ogos lalu dia dituduh melakukan perkosaan terhadap dua wanita. Jabatan Kehakiman Sweden membuka, menutup, lalu membuka lagi penyelidikan terhadap kes itu. Sweden lantas mengeluarkan surat penangkapan terhadapnya. Tapi Assange sama sekali secara rasmi belum dikenakan tuduhan jenayah di negara itu. Menurut Stephens, kliennya tidak diberi tahu tentang tuduhan itu atau diperlihatkan buktinya.

Assange pernah mengatakan sedang mempertimbangkan mencari suaka di Switzerland dan memindahkan lamannya di negara itu.

“Ini adalah kemungkinan yang nyata,” ujar Assange semasa ditanya apakah dia dan lamannya akan berpindah. Menurutnya, hanya Switzerland dan mungkin Iceland, negara Barat yang membuatnya selamat. Kepada televisyen TSR, Assange mengatakan Wikileaks kemungkinan menubuhkan sebuah yayasan yang membuatnya boleh beroperasi di luar Switzerland dan membenarkan bahawa dia mungkin akan meminta suaka.

0 comments:

Post a Comment