Dec 13, 2010

Kalendar Islam Malaysia Tahun 2011 dan 2012

Kemaskini terkini yang mungkin dapat memberikan faedah kepada mereka yang memerlukan maklumat dan informasi awal mengenai takwim dan kalendar islam bagi Malaysia untuk tahun-tahun mendatang. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengeluarkan senarai terkini berkaitan takwim dan kalendar Hijriah bagi malaysia untuk tahun 2011 dan 2012. Pada masa yang sama senarai tarikh-tarikh penting dalam kalendar Muslim untuk tahun 2011 dan 2012 juga telah di keluarkan secara rasmi yang telah disemak oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam dan Cawangan Falak, JAKIM.




Elok juga kalau blog ni dapat kongsikan senarai tarikh penting kalendar islam untuk faedah bersama:

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2011/1432 – 1433 Hijriah Bagi Malaysia


Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2012M/1433 – 1434 Hijriah Bagi Malaysia


Takwim dan kalendar berkenaan di keluarkan oleh pihak JAKIM dan diselaras melalui portal Almanak Falak (AF). Dilaksanakan secara kerjasama di antara JAKIM dengan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas pergerakan planet.

AF diterbitkan bertujuan untuk menyediakan data-data yang diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti penentuan kalendar, waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah hilal. Mudah kepada umat Islam semua untuk mengetahui tarikh penting sepanjang tahun 2011 dan 2012 nanti.

Untuk muat turun kalendar islam, Takwim 2011 Miladiah/1432-1433 Hijriah, Takwim 2012 Miladiah/1433-1434 Hijriah Bagi Malaysia serta senarai tarikh penting dalam kalendar islam atau hijriah Malaysia serta pelbagai lagi informasi dan maklumat berkaitan ilmu falak ni boleh rujuk di portal Almanak Falak JAKIM.

Sumber rujukan bagi kalendar islam, tarikh hijriah, kalendar hijrah malaysia adalah di http://www.islam.gov.my/ppi/almanak/falak/almanak.html

0 comments:

Post a Comment